Anti vaksin cetuskan impak negatif kelak

Anti vaksin cetuskan impak negatif kelak

Isu keengganan ibu bapa membenarkan anak mereka divaksinasikan menjadi bahan berita utama negara. Tindakan mereka ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada negara. Salah satu alasan yang menyebabkan ibu bapa enggan mematuhi arahan pihak Kementerian Kesihatan supaya membawa anda mereka menjalani ujian vaksin dikaitkan dengan ketidakpercayaan dengan terhadap ubat vaksin tersebut. Pihak berkuasa sudah pasti melakukan beberapa ujian dan penilaian sebelum membenarkan sesuatu vaksin itu diberikan kepada kanak-kanak di negara ini.

Ibu bapa hendaklah sedar bahawa kehidupan moden ini telah menyebabkan pelbagai virus mula menjelma sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya muncul. Teknologi perubatan telah menjadikan vaksin sebagai salah satu kaedah awal untuk menentang sebarang penularan wabak penyakit pada masa depan tetapi usaha vaksiknasi ini harus dilaksanakan secara menyeluruh.

Jika masyarakat masih enggan mematuhi arahan pihak berkuasa sudah pasti kemungkinan berlakunya wabak tertentu di negara ini bukanlah sesuatu yang ganjil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay updates with Us!