nav-left cat-right
cat-right

Isu Semasa: Pil Ajaib diberikan kepada pelajar UPS...

Siaran akhbar mengenai ada sekolah memperkenalkan pil ajaib kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR merupakan sesuatu yang menarik. Isu ini menarik kerana selama saya terlibat dalam bidang pendidikan, kejayaan pelajar lebih banyak ditentukan oleh kerajinan pelajar tersebut. Malah, saya sendiri menekankan pentingnya latihan demi latihan dilakukan oleh pelajar yang ingi berjaya. Memang pihak pembekal pil ini...

Isu Semasa: Penggunaan kad kredit mendatangkan keb...

Penggunaan kad kredit mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada pengguna. Bincangkan pernyataan tersebut. Kad kredit dilihat sebagai pengganti wang tunai atau dikenali sebagai wang plastik. Antara contoh kad kredit yang tersohor di dunia ini meliputi American Express, Visa, dan Master Card itu. Pihak media massa di negara ini melihat penggunaan kad kredit sebagai satu trend dalam kalangan masyarakat kita terutama golongan...

Kejadian Membuang Bayi

Kejadian membuang bayi yang semakin mendapat perhatian masyarakat berulang lagi. Sekali lagi pelbagai pihak memberikan pendapat dan pandangan bernas mereka dan sekali lagi semua ini akan hilang begitu sahaja kerana kita tidak bersungguh-sungguh ingin membantu menyelesaikan masalah ini tetapi lebih suka menggunakan isu ini untuk menghukum remaja atau masyarakat sahaja. Ini peluang baik untuk melabelkan istilah yang tidak baik...

Facebook Tingkatkan Populariti Artis

Apabila artis seperti Fasha Sandha menganggap tindakan pihak tertentu menggunakan Facebook untuk melahirkan rasa tidak suka mereka terhadap dirinya itu sesuatu yang tidak menganggu diri, maka semua pihak mula menyedari betapa besarnya impak Facebook dalam kehidupan masyarakat. Facebook kini berupaya untuk mendapatkan keahlian seramai 1 juta orang dan setakat ini menurut laporan media tempatan sudah hampir 40 ribu pengikut...

Kemalangan Budaya Kita?

Kejadian kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya pada minggu lepas (10 Oktober 2010) seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa kadar kemalangan di negara ini begitu serius. Ya, memang kemalangan itu sesuatu yang tidak boleh dielakkan kerana takdir tetapi kalau kita kaji secara teliti kebanyakan kemalangan itu berlaku kerana kecuaian manusia sendiri. Antara punca kemalangan banyak dikaitkan dengan kecuaian pemandu itu...
Stay updates with Us!