Facebook Tingkatkan Populariti Artis

Apabila artis seperti Fasha Sandha menganggap tindakan pihak tertentu menggunakan Facebook untuk melahirkan rasa tidak suka mereka terhadap dirinya itu sesuatu yang tidak menganggu diri, maka semua pihak mula menyedari betapa besarnya impak Facebook dalam kehidupan masyarakat. Facebook kini berupaya untuk mendapatkan keahlian seramai 1 juta orang dan setakat ini menurut laporan media tempatan sudah hampir 40 ribu pengikut Facebook itu.

Tindakan pihak yang mewujudkan Facebook tentang dirinya itu pula dianggap sebagai sesuatu yang baik juga kerana menurut artis yang terkenal itu ada banyak juga komen yang menarik dan baik tentang dirinya. Cara beliau mengendalikan isu ini membuktikan masih ada banyak artis tempatan yang rasional dan positif dalam merangka perjalanan masa depan kerjaya mereka. Bayangkan jika Fasha mengambil tindakan undang-undang, sudah pasti akan timbul pelbagai lagi isu lain ekoran tindakan beliau itu tetapi cara beliau ini telah mematikan langkah pihak yang cuba memberikan imej negatif kepadanya pula. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan kemunculan facebook tentang dirinya itu turut memberikan sedikit populariti kepada artis muda itu.

Kemungkinan Facebook itu mungkin diwujudkan dengan tujuan untuk memberikan imej yang buruk tetapi sebaliknya perkara positif pula yang timbul kerana semua pihak kini mengenali artis itu (walaupun nama beliau sudah terkenal sebelum ini). Pada masa yang sama, masyarakat internet di negara ini pada pandangan saya sudah mula memahami dan bersikap matang dalam menerima sesuatu bahan menerusi internet. Mereka bukan sahaja pengguna muda internet yang tidak mengetahui apa-apa sebaliknya pengguna internet di negara ini sudah sedar ada kalanya berita yang mereka terima menerusi internet itu harus ditapis oleh diri mereka sendiri dahulu sebelum menyebarkannya kepada pihak lain.

Pada masa yang sama juga pengguna internet mula memberikan komen yang positif terhadap mana-mana bahan yang cuba membawa impak negatif baik kepada diri individu mahupun negara. Mungkin sudah sampai masanya, kita sebagai pengguna internet membuat tapisan peribadi sendiri yang lebih matang serta telus.

 

Dipetik dari: <http://www.rastali.com/>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay updates with Us!