Isu Semasa: Pil Ajaib diberikan kepada pelajar UPSR???

Siaran akhbar mengenai ada sekolah memperkenalkan pil ajaib kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR merupakan sesuatu yang menarik. Isu ini menarik kerana selama saya terlibat dalam bidang pendidikan, kejayaan pelajar lebih banyak ditentukan oleh kerajinan pelajar tersebut. Malah, saya sendiri menekankan pentingnya latihan demi latihan dilakukan oleh pelajar yang ingi berjaya.

Memang pihak pembekal pil ini menyatakan bahawa pil ini selamat kerana kandungannya selamat lebih-lebih lagi bahannya banyak terdiri daripada bahan semula jadi. Betul juga pihak pembekal dan pihak sekolah terbabit memberitahu bahawa pil ini sebagai bahan sampingan sahaja. Niat pihak sekolah sedikit sebanyak memang murni yakni mereka hendak membantu pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Namun, kita tidak boleh menolak kemungkinan wujudnya kesan sampingan terutama kepada pelajar yang masih muda itu.

Sebenarnya, masalah ini boleh diatasi lebih awal jika semua pihak yang terlibat menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Pihak berkuasa hendaklah lebih prihatin terhadap sebarang dakwaan berlebihan daripada syarikat pengeluar produk kesihatan terutama yang melibatkan penggunaan dalaman seperti pil ini.

Masyarakat juga hendaklah lebih peka dengan menyedari bahasa dalam kehidupan ini informasi yang tepat perlulah diperoleh daripada golongan yang sudah ditentukan tauliahnya dahulu seperti pakar pemakanan, doktor atau pegawai kesihatan.

Saya sendiri pernah mencuba pelbagi jenis kopi yang dikatakan mempunyai campuran tongkat ali di negara ini. Persoalannya ialah bagaimana kita boleh menentukan kandungan herba yang diiklankan itu benar-benar betul atau berkualiti? Samalah juga dengan isu pemberian pil ajaib ini kepada pelajar kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay updates with Us!