nav-left cat-right
cat-right

Karangan 34

Negara pernah berhasrat untuk memiliki 70 juta penduduk negara.

Huraikan masalah-masalah yang bakal timbul jika angka ini dicapai.

Kalau kita kaji dengan mendalam semua negara yang maju di dunia ini mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi juga seperti Amerika Syarikat yang memiliki lebih 300 juta orang atau Jepun yang lebih 100 juta orang atau mungkin Perancis dan juga Itali. Anggapan ini menyebabkan negara kita juga ingin memiliki satu populasi penduduk yang mantap supaya banyak projek pembangunan mampu dilaksanakan dengan lebih jaya lagi. Media massa turut memberikan sokongan bahawa jika matlamat 70 juta penduduk ini mampu dicapai sudah pasti permintaan domestik terhadap produk tempatan akan meningkat dengan banyaknya. Namun, ada pihak yang beranggapan bahawa pertambahan penduduk sebegini banyak membawa impak negatif daripada baiknya.

Impak buruk yang pertama ialah kewujudan banyak kawasan setinggan terutama di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Masalah setinggan ini akan menjadi serius kerana jumlah projek perumahan sudah pasti tidak mampu untuk bersaing dengan kedatangan buruh manusia dari kawasan lain secara mendadak itu seperti yang berlaku kepada bandar Rio de Janerio di Brazil yang sesak dengan rumah setinggan. Banyak pihak akan menjadikan rumah setinggan sebagai jalan penyelesaian awal sebelum mereka benar-benar mampu memiliki rumah yang sebenarnya dan keadaan ini mungkin akan memakan masa yang panjang untuk dicapai. Jelaslah, pertambahan penduduk yang ketara di negara ini akan menyebabkan masalah setinggan di negara ini akan menjadi-jadi terutama di kawasan bandar.

Selain itu, jumlah penduduk yang ramai akan menyebabkan berlakunya persaingan hebat untuk merebut sesuatu seperti peluang kerja dan tempat belajar di universiti. Persaingan yang sebegini hebat akan memberi kesan kepada taraf hidup seseorang kerana mereka terpaksa memperuntukkan masa dan sumber kewangan yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran dan mendapat kerja yang baik. Masalah in sudah begitu ketara di China yang menyaksikan rakyatnya yang begitu ramai terpaksa bersaing dengan peluang kerja yang begitu kecil jumlah. Maka, persaingan yang hebat akan berlaku dalam kehidupan masyarakat terutama dalam aspek pencarian kerja dan peluang kemasukan ke universiti tempatan.

Malah, penduduk yang padat juga akan menyebabkan keadaan sukar untuk dikawal terutama jika berlaku sebarang kejadian bencana alam yang besar. Kejadian gempa bumi yang menimpa Iran dan China suatu masa dahulu menyaksikan begitu ramai mangsa yang mati kerana kepadatan penduduk begitu tinggi di kawasan yang dilanda bencana. Risiko kematian yang tinggi memang wujud kerana kawasan yang padat penduduk sudah pasti akan menyukarkan usaha-usaha menyelamat di laksanakan oleh pihka kerajaan. Sesungguhnya, kejadian tsunami yang melanda Indonesia membuktikan bahawa kepadatan penduduk yang tinggi mempunyai risiko kematian yang tinggi juga.

Sudah pasti jumlah penduduk yang ramai akan menambahkan kadar jenayah di negara ini pada suatu masa nanti. Masalah setinggan, ketiadaan peluang kerja dan pendidikan menjadi resepi yang mujarab buat manusia beralih menjadi penjenayah kerana menganggap kehidupan mereka tidak berguna lagi. Kadar jenayah yang tinggi ini baka memeningkan kepada pihak berkuasa terutama pihak polis untuk mengawal gejala ini daripada menular dengan begitu sahaja. Maka, pertambahan penduduk berupaya menjadikan kadar jenayah di negara ini bertambah dengan berlipat kali ganda.

Kesimpulannya, jumlah penduduk negara tidak perlu mencapai angka 70 juta untuk menjadi maju. Cukuplah sekadar 30 atau mungkin 40 juta dalam masa 30 tahun akan datang kerana penduduk yang ramai memerlukan banyak usaha dan sumber untuk digunakan pula. Kita harus bijak menggunakan sumber manusia yang sedia ada untuk memastikan kemajuan yang dicapai ini seimbang dan memberi faedah kepada semua. Mungkin suasana kehidupan di China dan India harus menjadi renungan kita sama ada kita mahu memiliki jumlah penduduk yang sebegitu ramai?

PELAJAR PERLU FIKIR
ISU RAKYAT TERMISKIN
• Masih ada tetapi jumlahnya semakin kurang
• Garis kemiskinan ialah RM350 sebulan
• Program Rakyat Termiskin dilancarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini
MIGRASI DAN PERPINDAHAN PENDUDUK
• Migrasi penduduk lebih tinggi di kawasan Pantai Barat dan tertumpu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Baru, dan Ipoh.
• Migrasi berkait rapat dengan peluang pekerjaan
ISU KEPADATAN PENDUDUK
• Kerajaan pernah bercadang untuk mempunyai 70 juta penduduk menjelang 2020
• Tempat tinggal yang sempurna
• Kawasan negara masih lagi luas berbanding dengan negara-negara jiran lain
• Kepadatan penduduk yang tinggi membolehkan negara mempunyai tenaga buruh yang ramai, pasaran tempatan yang luas untuk keluaran kilang dan keupayaan untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman luar
AGENSI KERAJAAN
• Lembaga Perancangan Kependudukan Negara

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Stay updates with Us!