nav-left cat-right
cat-right

Karangan 37

Kerajaan cuba menjalankan pelbagai projek pembangunan di negara ini terutama di kawasan luar bandar.

Jelaskan tujuan-tujuan projek pembangunan dilaksanakan dengan giatnya.

Projek pembangunan bolehlah diklasifikasikan sebagai usaha membangunkan sesuatu kawasan dengan membina sesuatu yang membawa faedah kepada penduduk setempat. Projek ini boleh dalam bentuk pembinaan jalan raya, kemudahan bekalan air, pembinaan sekolah dan juga kemudahan internet. Sesebuah negara yang ingin memperoleh kemodenan memerlukan pelbagai jenis projek pembangunan yang tersusun dan sesuai dengan keperluan semasa. Oleh itu, ada banyak tujuan sesuatu projek pembangunan itu dilaksanakan.

Tujuan yang paling jelas ialah projek itu bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup sesuatu komuniti tersebut. Biasanya taraf hidup tidak akan bertambah baik jika sesuatu kawasan itu tidak mempunyai sebarang kemudahan awam yang asas. Antara projek pembangunan yang asas ialah bekalan air dan elektrik serta sekolah bersama-sama jalan raya. Semua kemudahan ini jika dibina dengan teratur akan berupaya meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat kerana ini merupakan keperluan asas manusia. Maka, projek pembangunan yang terancang mampu meninggikan taraf hidup sesuatu kelompok masyarakat tersebut.

Pada masa yang sama, projek pembangunan juga memberi kemudahan kepada masyarakat untuk digunakan dengan sebaik mungkin. Bekalan air dan elektrik memastikan kehidupan penduduk menjadi lebih baik kerana mereka boleh membasuh dan melakukan pelbagai aktiviti sehingga waktu malam. Manakala pembinaan jalan raya memastikan masyarakat boleh berhubung antara satu sama lain dengan lebih mudah dan cepat lagi. Sesungguhnya, projek pembangunan membawa banyak kemudahan kepada rakyat di negara ini.

Projek pembangunan juga boleh memastikan semua kawasan menerima skop pembangunan yang seimbang tanpa ada kawasan yang terpinggir begitu sahaja. Sudah pasti akan ada kawasan yang ketinggalan kerana projek pembangunan di rancang oleh manusia tetapi dengan adanya perancangan yang sistematik sesuatu kawasan itu boleh dikenal pasti keperluan yang lebih mendesak lalu projek pembangunan khas boleh dilaksanakan segera. Kawasan yang sudah ada projek pembangunan sekolah tidak akan menerima projek pembangunan yang serupa tetapi kawasan lain pula menerima projek tersebut. Maka, kewujudan projek pembangunan memastikan wujudnya pembangunan yang seimbang di semua kawasan di negara ini.

Untuk melaksanakan sesuatu projek pembangunan sudah pasti jumlah peruntukan kewangan dan sumber manusia yang banyak diperlukan untuk menjayakannya. Kewujudan sesuatu projek pembangunan itu boleh menjanakan kemunculan sektor ekonomi lain pula berkembang kerana mereka sudah pasti akan menerima tempias daripada sumber kewangan tersebut. Keadaan ini mewujudkan satu kitaran pengunaan wang yang sihat di dalam negara lalu menghasilkan satu pertumbuhan ekonomi yang pesat untuk tempoh yang tertentu. Sesungguhnya, projek pembangunan boleh memastikan ekonomi negara terus berkembang dengan pesat dalam tempoh yang lama.

Kesimpulannya, projek pembangunan harus dilaksanakan dengan lebih banyak tetapi secara bijak. Pemilihan kawasan perlulah tepat untuk setiap projek pembangunan supaya tidak berlaku pembaziran kewangan dan sumber manusia untuk menjayakan sesuatu projek pembangunan itu. Kerajaan harus menjadikan usaha membuat pelbagai jenis projek pembangunan sebagai satu usaha terpenting mereka ketika memegang tampuk pemerintahan negara. Projek pembangunan juga lambang kemajuan sesebuah negara itu.

PELAJAR PERLU FIKIR
KEBAIKAN
• Memastikan rakyat menikmati kehidupan yang baik
• Memastikan semua mempunyai pekerjaan yang baik
KEBURUKAN
• Pembangunan yang berlebihan dan tidak terancang akan membawa kepada pencemaran atau kemusnahan alam
• Menonjolkan beberapa budaya yang tidak sihat akibat kewujudan pusat membeli-belah

468 ad

One Response to “Karangan 37”

  1. shallinie murugiah says:

    best karanganlah……………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Stay updates with Us!