Karangan 89: Cara belajar yang betul.

Cara belajar yang betul

Pelajar saya memberitahu bahawa markah kertas BM dia dalam peperiksaan penggal yang lalu semakin menurun. Penggal pertama dia memperoleh 50 dan kali ini menurun menjadi 48. Jawapan saya mudah sahaja iaitu perkara yang dilakukannya selama ini semuanya tidak betul. Wajahnya berubah seolah-olah tidak memahami maksud saya. Maksud saya ialah pelajar harus sedar bahawa jika markah peperiksaan mereka tidak berubah sudah pasti ada masalah dalam proses pembelajaran mereka. Cara mereka belajar, cara mereka mengambil nota, cara mereka bersedia menghadapi peperiksaan dan sebagainya.

Prinsip saya ialah setiap pelajar mempunyai cara belajar tersendiri lalu mereka hendaklah berusaha mencari kaedah pembelajaran yang paling efektif buat mereka. Jika peperiksaan mereka semakin menurun prestasinya sudah pasti kaedah pembelajaran yang dipilih itu salah dan perlu diubah kaedahnya. Perbualan saya dengan pelajar itu berlanjutan. Katanya, dia hanya belajar selama dua jam untuk BM dalam seminggu. Dia hanya membuat latihan tatabahasa sahaja berbanding bahagian lain. Manakala, latihan karangan tidak pernah dilakukannya selain membaca karangan yang diberikan oleh guru sahaja.

Sudah pasti daripada perbualan ini menjelaskan bahasa pelajar terbabit tidak mempunyai asas cara belajar yang betul. Semua pelajar perlulah ada cara belajar yang tepat. Mereka mungkin memperuntukkan jumlah masa yang betul dan melibatkan semua aspek soalan yang bakal ditanya dalam soalan peperiksaan. Pelajar tidak boleh belajar mengikut kehendak mereka tanpa memenuhi keperluan asas peperiksaan terlebih dahulu. Jika pelajar gagal memiliki cara belajar yang betul pastinya mereka akan mengalami kesukaran untuk menjawab soalan dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay updates with Us!