Karangan PT3 02: Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita. Orang luar turut memandang rendah bahasa kita itu.

Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita. Orang luar turut memandang rendah bahasa kita itu.
Jelaskan usaha-usaha menjadikan bahasa ini kembali gah di persada dunia.

Bahasa Melayu merujuk bahasa kebangsaan di Malaysia sejak negara ini mencapai kemerdekaan itu. Namun, bahasa ini semakin dipinggirkan oleh masyarakat umum terutamanya generasi muda sehingga penggunaan bahasa ini semakin merosot. Lantaran itu, pelbagai langkah boleh dilaksanakan untuk memastikan bahasa ini kembali gah di persada dunia.

Tindakan yang mudah untuk menjadikan bahasa kebangsaan ini kembali digunakan oleh masyarakat ialah pihak berkuasa menerbitkan filem bertaraf dunia untuk tontonan umum. Apabila filem dalam bahasa kebangsaan ini ditonton oleh orang asing sudah pasti keinginan mempelajari bahasa itu akan muncul. Keinginan ini menjadi semakin meluas apabila filem yang menarik itu dialih bahasa mengikut bangsa yang menontonnya seperti filem korea yang dialih bahasa menjadi bahasa Melayu di Malaysia.

Selain itu, pihak yang berkuasa dalam bahasa boleh menerbitkan lebih banyak dokumentari tentang bahasa ini supaya pelbagai polemik yang timbul dalam bahasa diketahui umum. Dokumentari ini boleh disiarkan menerusi internet kerana generasi muda lebih gemar melayari internet untuk memperoleh informasi. Maka, usaha menerbitkan dokumentari ini akan menjadikan perbahasan tentang bahasa ini semakin rancak lalu menjadikan generasi muda meminatinya semula.

Usaha memartabatkan bahasa Melayu juga boleh di apai menerusi kerjasama pihak pemimpin negara dan ahli politik yang sanggup menggunakan bahasa ini dalam ucapan rasmi mereka terutama ketika berada di luar negara. Apabila golongan pemimpin negara menggunakan bahasa ini sudah pasti pihak luar akan berusaha memahaminya lalu tersebarlah keagungan bahasa ini. Maka, bahasa Melayu akan kembali gah di persada dunia apabila pemimpin politik negara menghulurkan kerjasama mereka.

Bahasa Melayu boleh ditingkatkan keagungannya semula apabila sektor awam dan swasta di negara ini menggunakan bahasa itu dalam semua urusan harian mereka. Semua pihak yang bekerja di kedua-dua sektor ini akan menjadikan penggunaan bahasa ini lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu dalam kalangan pelajar sahaja. Lama-kelamaan, bahasa ini akan menjadi satu kebanggaan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia kerana mereka menggunakannya dalam kehidupan harian terutama ketika bekerja itu.

Konklusinya, bahasa Melayu memerlukan satu lonjakan baru untuk menjadi sebuah bahasa antarabangsa semula. Semua pihak terutamanya kerajaan hendaklah sanggup memikul tugas untuk merealisasikan impian ini. Bak mata pepatah bahasa menunjukkan bangsa yang membuktikan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan kita bakal menentukan imej bangsa Malaysia itu pada masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay updates with Us!