Karangan PT3 05: Makanan ringan sudah menjadi satu jenis makanan harian kanak-kanak di negara ini.

Makanan ringan sudah menjadi satu jenis makanan harian kanak-kanak di negara ini. Banyak pihak mempertikaikan keperluan makanan ini dalam kehidupan kanak-kanak tetapi masih gagal mengharamkan penjualannya.
Jelaskan punca yang membawa makanan ini digemari oleh kanak-kanak.

Makanan ringan bermaksud makanan yang tidak mengandungi zat makanan yang sesuai untuk kanak-kanak. Pada zaman ini, kategori makanan ini meliputi minuman bergas, gula-gula, keropok, dan juga makanan segera. Sebenarnya, makanan ini menjadi pilihan utama kanak-kanak disebabkan oleh pelbagai faktor.

Punca utama makanan ini digemari oleh kanak-kanak dikaitkan dengan harganya yang murah. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak mereka tidak banyak lalu kanak-kanak perlu bijak berbelanja dengan membeli makanan yang murah. Lama-kelamaan, amalan sebegini menjadikan makanan ringan makanan utama kanak-kanak kerana faktor harga yang begitu murah berbanding makanan yang berkhasiat.

Selain itu, kanak-kanak memilih makanan ringan kerana cara pembungkusannya yang menarik perhatian mereka. Para pengilang menggunakan kata-kata yang menarik bersama-sama warna bungkusan yang terang untuk mengambil perhatian kanak-kanak. Akibatnya, makanan ringan menjadi makanan utama dalam kehidupan kanak-kanak itu kerana mata mereka tertarik dengan cara pembungkusannya itu.

Tambahan pula, makanan ringan mudah diperoleh oleh kanak-kanak lalu mereka sering membelinya. Penjual menjual makanan ringan di kawasan sekolah dan kedai runcit sekitar kawasan perumahan kerana tiada kawalan terhadap penjualan makanan sebegini. Sesungguhnya, kanak-kanak negara ini akan terus membeli makanan ringan kerana mudah untuk mereka membelinya.

Kanak-kanak turut memilih makanan ringan kerana makanan ini dikatakan sedap lalu memenuhi cita rasa mereka. Makanan ini mengandungi gula, dan garam serta lemak yang menjadikan kanak-kanak begitu gembira memakan makanan ini. Jelaslah, makanan ini amat diperlukan oleh kanak-kanak kerana rasanya yang sedap berbanding makanan seperti sayur dan ayam.

Kesimpulannya, makanan ringan memang diminati oleh kanak-kanak di mana-mana pun. Ibu bapa memikul tugas berat mengawal aspek pemakanan anak mereka. Bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur kerana kanak-kanak sebegini akan mendapat pelbagai jenis penyakit pada masa depan.

Tambahan pula, hubungan sesama manusia menjadi lebih mudah apabila teknologi dan sains digunakan secara meluas dalam kehidupan manusia. Internet membolehkan manusia berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di dunia ini secara pantas kerana kosnya begitu murah. Jelaslah, teknologi sebegini akan merapatkan sesama ahli keluarga, sahabat, dan kenalan sehingga mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni.

Teknologi dan sains yang dihasilkan itu turut berupaya membantu suri rumah menguruskan rumah tangga mereka. Wanita boleh memasak, mengemas rumah, dan mencuci pakaian pada masa yang sama kerana semua peralatan zaman ini telah dicipta dengan begitu pintas sekali. Maka, mereka akan menjadi lebih gembira kerana mampu menguruskan rumah sehingga menjadikan keluarga sejahtera.

Kesimpulannya, sains dan teknologi memang membawa banyak kebaikan kepada manusia dalam meneruskan cabaran kehidupan moden ini. Cuma, ada segelintir pihak yang menyalahgunakan sains dan teknologi ke arah kejahatan seperti menggodam komputer orang lain, menyiarkan berita palsu menerusi rangakain sosial di telefon bimbit, dan menipu mangsa menerusi pelbagai taktik yang dikaitkan dengan internet itu. Bak kata pepatah kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga yang menyebabkan imej sains dan teknologi menjadi kabur pada mata masyarakat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay updates with Us!