nav-left cat-right
cat-right

Kejadian Membuang Bayi

Kejadian membuang bayi yang semakin mendapat perhatian masyarakat berulang lagi. Sekali lagi pelbagai pihak memberikan pendapat dan pandangan bernas mereka dan sekali lagi semua ini akan hilang begitu sahaja kerana kita tidak bersungguh-sungguh ingin membantu menyelesaikan masalah ini tetapi lebih suka menggunakan isu ini untuk menghukum remaja atau masyarakat sahaja. Ini peluang baik untuk melabelkan istilah yang tidak baik kepada golongan sebegini pada mata sesetengah pihak.

Sebenarnya kita lupa bahawa ketika usia remajalah pelbagai dugaan berlaku dalam hidup dan setiap remaja yang diberi panduan yang betul walaupun melakukan kesilapan ketika usia muda pasti berjaya mengharungi kehidupan mereka dengan lebih baik kelak. Panduan yang ikhlas dan efektif inilah yang tiada dalam masyarakat kita yang lebih suka menghukum sahaja tanpa cuba melihat punca atau sebab yang mendorong remaja ini sanggup membiarkan anak mereka begitu sahaja sebaik sahaj dilahirkan.

Dalam minda remaja mereka sudah tertanam bahawa masyarakat akan menilai diri mereka sebagai ?teruk? dan tidak sesuai untuk hidup dalam masyarakat kerana telah melakukan kesilapan itu. Perasaan itu lama-kelamaan menjadi takut lalu mereka melakukan kesilapan dengan membiarkan bayi itu di kawasan awam dengan harapan pihak lain akan menemui bayi itu. Sayangnya ada bayi yang mati setelah dibiarkan begitu sahaja bebeberapa hari tanpa ditemui oleh sesiapa pun.

Satu mekanisme yang lebih praktikal harus dicari dan kemungkinan kita boleh melihat bahawa mana-mana gadis yang mengandung tanpa perkahwinan ini diberi bantuan awal dahulu tanpa mengenakan sebarang tekanan untuk menghukum atau melemparkan kata-kata pedas yang biasa kita dengar itu. Mekanisme ini perlulah terdiri daripada aspek penerimaan gadis itu dan bayi itu secara kerahsiaan. Sebaik sahaja bayi itu dilahirkan, gadis itu dibeir pilihan sama ada hendak menjaga baik itu atau diberikan kepada pihak berkuasa. Jika gadis ini ingin menjaga anaknya itu bantuan kewangan juga harus difikirkan untuk satu tempoh tertentu sebelum gadis itu boleh hidup dengan baik.

Mungkin ada pihak yang melihat tindakan ini sebagai seolah-olah menggalakkan masyarakat supaya memiliki bayi sebelum perkahwinan tetapi kita harus ingat selagi kita masih menekankan aspek ketegasan selagi itulah makin banyak bayi yang akan dibiarkan lalu kemungkinan akan mati begitu sahaja. Kerana keangkuhan kita untuk bertolak-ansur membantu gadis yang bermasalah ini kita sanggup pula membiarkan nasib bayi yang baru lahir itu musnah begitu sahaja tanpa diberi peluang kerana mereka lagi tidak berdosa jika hendak dibandingkan dengan diri kita semua ini.

 

Dipetik dari: <http://www.rastali.com/>

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Stay updates with Us!