Kejadian tembak-menembak menjadi satu kebiasaan?

Kejadian tembak-menembak menjadi satu kebiasaan?

Kejadian tembak-menembak yang semakin kerap berlaku telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat kita. Kes di OUG, Sentul, dan Pulau Pinang yang mengejutkan itu seolah-olah memberikan gambaran bahawa keganasan sudah menjadi satu trend baru dalam kehidupan ini. Adakah perkara ini benar?

Mungkin peningkatan kes tembak-menembak ini disebabkan oleh mudahnya pihak penjenayah untuk memperoleh senjata terutamanya yang dibawa masuk dari luar negara itu. Kejadian ini berlaku kerana kelemahan pihak polis dalam mengawasi penyeludupan senjata. Masalah ini harus diselesaikan segera sebelum terlewat seperti menubuhkan pasukan polis khas yang menjejaki penjenayah yang melakukan jenayah besar ini.

Kemungkinan juga masalah ini berlaku kerana mudahnya mana-mana pihak untuk mengupah penjenayah melakukan jenayah untuk mereka. Kadar upah yang tinggi menyebabkan sesiapa sahaja mahu melakukan jenayah untuk orang lain. Kecanggihan internet dan telefon bimbit menjadikan usaha mengupah penjenayah satu sentuhan jari sahaja. Ini pasti menakutkan semua pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay updates with Us!