nav-left cat-right
cat-right

Kes Rogol Semakin Serius Di Negara Kita?

Kejadian jenayah wanita terus meningkat?

Tindakan ganas dan kejam seorang pemandu teksi di negara ini yang sanggup memperkosa pelajar perempuan begitu menjijikkan kita semua. Laporan polis yang mengaitkan tindakan jenayah pemandu teksi itu bukan sahaja memalukan negara tetapi imej pemandu teksi itu sendiri. Kekejaman sebeginilah yang menyebabkan kita kadangkala berasa malu hidup di negara ini yang menyaksikan masih ada rakyat negara ini yang sanggup mengambil kesempatan terhadap remaja yang masih muda itu.

Pada masa yang sama peningkatan jenayah ini membuktikan betapa aspek penjagaan diri dan tindakan pencegahan amat penting diamalkan. Kita harus sedar semua jenayah yang berlaku ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi kita juga harus sedar langkah-langkah pencegahan boleh diambil untuk menghalang penjenayah terus beranggapan bahawa mereka yang berkuasa dan bukannya kita sebagai rakyat di negara ini.

Pertama, pelajar perempuan harus pantas membuat perkiraan keadaan apabila mendapati sesuatu perkara tidak betul sedang berlaku apabila mereka menghadapi masalah yang serupa dalam kes jenayah pemandu teski tersebut. Semua pelajar perempuan hendaklah bijak menggunakan telefon bimbit mereka untuk mendapatkan bantuan dengan meletakkan nombor telefon pihak polis atau ibu bapa mereka supaya mudah dihubungi dengan satu sentuhan sahaja. Khidmatan pesanan ringkas (SMS) harus digunakan dengan sebaik mungkin dalam keadaan getir sebegini. Gunakan teknologi itu juga untuk mengambil gambar penjenayah lalu menghantarnya kepada sesiapa sahaja supaya boleh digunakan pada masa hadapan terutama ketika mendakwa penjenayah yang kejam ini.

Sikap bersendirian ketika berjalan pulang atau menerima ajakan sesiapa yang tidak dikenali harus dielakkan terutama jika unsur-unsur bahaya mula kelihatan. Amalan memberitahu ibu bapa akan kedudukan diri dan sebab musabab lewat pulang ke rumah harus diamalkan supaya ibu bapa mengetahui keadaan anak mereka lalu mampu mengambil tindakan jika mendapati anak mereka masih belum sampai ke rumah untuk sekian masa. Pastikan tidak ada sebarang ruang untuk penjenayah ini mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah terhadap diri kita.

Mereka perlu bertindak dengan bijak terutama dengan mendapatkan semua maklumat yang tepat tentang penjenayah ini supaya pihak polis mampu menahan mereka dengan lebih pantas. Semua maklumat tentang penjenayah terutama jenis teksi, warna, nombor pendaftaran, dan sebagainya yang mampu diingati diberikan kepada pihak polis dengan segera. Semua maklumat ini boleh diingati jika mangsa terus mencatat informasi ini dengan segera setelah berada dalam keadaan selamat daripada penjenayah terbabit.

Laporan polis hendaklah dibuat dengan seberapa segera yang boleh walaupun sudah pasti penjenayah ini akan mengugut mangsa-mangsa mereka itu. Pihak polis sudah pasti mampu untuk memberikan jalan penyelesaian yang turut sama memerangkap penjenayah ini dengan segera. Penjenayah sengaja menggunakan taktik psikologi untuk menakutkan mangsanya dengan menggunakan kekerasan untuk memaksa mangsa melakukan semua tindakan yang mereka mahukan tanpa ada sebarang tentangan. Dalam kes pemandu teksi ini, penjenayah sengaja merakamkan perbuatan jahat mereka itu untuk menakutkan mangsa daripada melakukan laporan pihak polis.

Namun untuk memberikan semua tugas pencegahan kepada pelajar perempuan sahaja bukanlah satu tindakan yang bijak kerana kita sebagai manusia hendaklah sedar bahawa tindakan kita memperkosa sesiapa sahaja membuktikan betapa rendahnya maruah seseorang manusia itu. Sebelum kita bertindak terburu-buru untuk memenuhi hawa nafsu yang tidak terkawal itu, sedarlah betapa tindakan sebegini bakal menyusahkan kehidupan seseorang itu dalam jenayah pemandu teksi ini, pelajar perempuan yang masih jauh perjalanannya itu. Kita sebagai manusia yang mengaku beragama, dan bermaruah harus merenung diri sendiri kerana kitalah yang menyebabkan jenayah di negara ini terus meningkat.

 

Pengarang: Noor Azman Mahat

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Stay updates with Us!