LRT terus ada masalah?

LRT terus ada masalah?

Pengenalan laluan baru LRT Star dan Putra telah disambut dengan penuh harapan oleh penduduk di Kuala Lumpur tetapi masalah yang timbul pula. Tindakan mengubah laluan Ampang yang menjadikan pengguna dari Ampang yang hendak ke ibu kota terpaksa turun menunggu di stesen Chan Sow Lin telah menimbulkan kemarahan pengguna.

Alasan mereka terlalu lama menunggu ketika waktu puncak kerana lrt dari Putra Heights sudah terlalu padat sehingga pengguna di Chan Sow Lin tidak boleh masuk ke dalam lrt. Mereka terpaksa menunggu beberapa kali lrt sebelum boleh masuk ke lrt. Mereka terpaksa berasak-asak untuk masuk ke dalam lrt.

Kenapa perkara ini berlaku? Biasanya, masalah ini berlaku disebabkan kegagalan pihak LRT merancang dengan baik. Mungkin mereka tidak sedar bahawa jumlah pengguna Ampang pada waktu puncak begitu banyak sehingga lrt dari Putra Heights gagal memenuhi keperluan pengguna Ampang itu. Kemungkinan juga perkara ini berlaku kerana pihak pengurusan LRT lambat menerima jumlah LRT yang seharusnya digunakan dalam laluan baru.

Apa-apa pun alasan pihak pengurusan LRT, yang pasti pengguna yang merana. Mereka terpaksa merancang perjalanan mereka pula. Ada yang terpaksa bangun awal untuk memperoleh LRT awal untuk ke pejabat. Cuma sampai di pejabat terlalu awal untuk memulakan kerja pula.

Mungkin pihak pengurusan LRT harus membuat pengumuman cara mengatasi masalah ini segera?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stay updates with Us!