nav-left cat-right
cat-right

Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang terlibat dalam perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Biasanya dadah akan mendatangkan perasaan gembira yang melampau atau ketagihan yang bertujuan untuk melari daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah merupakan penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Pada zaman ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan (bahan yang disedut). Kebanyakkandadah yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

Sebarang dadah yang digunakan secara sah dari segi perubatan, sekiranya iadipreskripsikan ataupun diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser akan dirawat dengan menggunakan mofin untuk menghilangkan kesakitan kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak akan mendatangkan kesan ketagihan pada penggunanya. Begitu juga dengan pengambilan minuman yang beralkohol bersama dengan rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat? tetapi, penyalahgunaan dadah telah ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah dan tidak diterima oleh masyarakat umum.

Penggunaan dadah dan alkohol untuk mengubahsuaikan atau mengawalkan emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai penyalahgunaan dadah serta alkohol. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang membahayakan. Kesan-kesan smpingan yang mungkin akan berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga kes bunuh diri.

Masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat merupakan penyalahgunaan dadah. Masalah ini juga melibatkan golongan yang berpendidikan tinggi, ahli-ahli professional yang tidak berpendidikan dan penggangu. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah. Contohnya dalam faktor sosial, biologi dan psikososial.

Dalam faktor biologi, terdapat satu tanggapan yang salah mengenai kehidupan manusia moden ini? adalah, ?jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu ‘memulihkan’ anda?. Malangnya pil tidak dapat menyelesaikan masalah seseorang itu sepenuhnya. Biasanya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa seseorang kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.

Faktor psikologi pula, kehidupan moden kini sangat sibuk dan merumitkan, bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar secara positif sangat mencabarkan. Tekanan meningkat setiap hari pada setiap individu. Kadangkala, arus ?kehidupan individu terlalu pantas dan menyebabkan seseorang itu tidak mampu menangani masalah mereka. Secara semula jadi, manusia tiada imuniti terhadap tekanan, stress dan kerusingan.

Tekanan untuk berjaya dalam akademik ataupun kegiatan kokurikulum, tekanan untuk memuaskan kehendak orang lain serta tekanan untuk menerima seseorang merupakan tekanan yang biasanya dihadapi oleh seseorang.

Selain itu, faktor sosial pula merupakan gaya hidup seseorang yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam bidang dunia hiburan mampu menggoda orang ramai untuk mengecapi populariti yang sedemikian. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan ‘berarus deras’ ini sangat menggoda kepada masyarakat zaman ini.

Bagaimanakah untuk mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah? Dari segi fizikal, seseorang itu akan mengigil, berpeluh, pening kepala dan bulu romanya akan meremang. Dari segi psikologi, orang yang terlibat dalam peyalahgunaan akan keresahan, kerisauan, gangguan emosi serta perasaan dan insomnia (tidak datap tidur). Dalam segi perlakuan pula orang tersebut akan sentiasa ponteng kerja, penurunan prestasi kerja, digantung atau dibuang sekolah dan mencuri, ditahan kerana menganggu ketenteraman awam dan mabuk semasa memandu yang boleh memyebabkan kemalangan.

Langkah-langkah pencegahan dijalankan untuk mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah. Pencegahan primer, bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Hal ini ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik adalah dengan menekankan kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada kanak-kanak serta golongan remaja yang berisiko. Selain itu, kesan-kesan yang dibawa oleh penyalahgunaan dadah dianalisis secara teliti sebelum sebarang penagihan muncul. Akhirnya, rawatan kesan dari dadah yang telah disalahgunakan untuk membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.

Kesimpulannya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan yang lama mereka dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah.

468 ad

4 Responses to “Penyalahgunaan Dadah”

  1. muhammad aidil says:

    nak copy asal tak boleh ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Stay updates with Us!